Wednesday 24 August 2016

Khidmat Komited Untuk Anda

Nipah Telekomunikasi

"Khidmat komited untuk anda"


Servis dan khidmat di Nipah Telekomunikasi

Nipah Telekomunikasi 2016

Nipah Telekomunikasi 2016

Terdapat banyak pencapaian dicapai Nipah Telekomunikasi setakat pertengahan tahun 2016. Di antaranya ialah perubahan dari susun atur meja  kaca pameran, pertambahan produk dan servis serta penerimaan signboard baru dari Celcom.


Rak pameran baru menggantikan rak pameran lama


Tambahan khidmat mengambil gambar passport


Servis fotostat telah diupgrade kepada mesin fotokopi berwarna


Nipah Telekomunikasi berjaya menjadi dealer kepada produk Digi


Banner kedai sebelum penerimaan signboard Celcom


Signboard Celcom yang diterima seminggu sebelum Aidilfitri 2016

Wednesday 11 November 2015

Produk dan Servis

Telefon

Dengan moto slogan ‘Khidmat Komited Untuk Anda’ Nipah Telekomunikasi menyasarkan penjualan set telefon/tab baru original dan A.P original bagi memenuhi kehendak pelanggan. Jenama seperti Samsung, Lenovo dan Asus amat laris dijual di samping jenama Sony, Nokia, Alcatel dan Huawei. Kami menitik beratkan khidmat servis selepas jualan agar pelanggan berasa yakin dan berpuas hati dengan layanan kami. Setiap set telefon baru yang dijual dijanjikan jaminan sehingga setahun jaminan. 




Sebahagian Telefon di Nipah Telekomunikasi



Di antara Jenama Telefon yang Dijual

Aksesori Telefon dan Telekomunikasi

Di Nipah Telekomunikasi, harga bagi peralatan aksesori dan set telefon adalah mampu milik malah boleh dikatakan setanding atau lebih murah dari luar kawasan Pulau Indah. Memandangkan persekitaran kawasan yang masih bercirikan kampong tradisional, kami meletakkan harga yang sesuai dan tidak membebankan. Di antara aksesori yang dijual ialah bateri telefon, kabel usb, pengecas telefon, pemain muzik telinga, plastik anti gores, sarung telefon, powerbank, monopod dan lain-lain lagi. Aksesori dijual juga ada didatangkan dengan jaminan seminggu, sebulan, 3 bulan dan setahun. 


Sebahagian Aksesori Telekomunikasi Yang dijual

Tuesday 10 November 2015

Nipah Telekomunikasi: Siapa Kami?


Qaseh Nipah Enterprise (SA0253906-M) adalah sebuah perniagaan perkongsian yang didaftarkan pada 20hb Mac 2013 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kami adalah syarikat bumiputera yang menjalankan aktiviti perniagaan berteraskan telekomunikasi dan teknologi maklumat iaitu menjual set telefon bimbit dan tab terbaru, aksesori telefon, penjualan kad prabayar dan tambah nilai, servis baik pulih telefon dan computer juga menyediakan khidmat fotokopi, laminate, binding dan faks. Kami juga memberi khidmat nasihat kepada pelanggan yang ingin membeli peralatan telekomunikasi. Perkhidmatan membayar bil utility juga disediakan melalui kemudahan mesin ePay di premis kami.

Slogan Nipah Telekomunikasi ialah ‘Khidmat Komited Untuk Anda’. Ia membawa maksud bahawa setiap urusniaga yang akan, telah dan bakal dijalankan adalah didedikasi khusus untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan segala permasalahan yang mungkin timbul akan diselesaikan dengan sebaik mungkin.